Monday, June 28, 2010

Royalti : Kelantan Hargai Kesediaan Ku Li


Kerajaan Kelantan merakam penghargaan tinggi kepada bekas pengerusi Petronas, Tengku Razaleigh Hamzah kerana bersedia menjadi saksi kes tuntutan royalti petroleum sekiranya kes itu dibawa ke mahkamah.Malah ia mengulangi komitmen yang pernah dibuat anggota Parlimen Gua Musang itu sebelum ini.Pengerusi Jawatankuasa Tuntutan Royalti Petroleum Negeri Kelantan, Datuk Husam Musa berkata, kesediaan Tengku Razaleigh sewajarnya dipuji memandangkan beliau berpegang kepada kebenaran.“Kami mengucap berbanyak terima kasih kepada Tengku Razaleigh kerana bersedia menjadi saksi pada kes yang cukup penting ini.“Kesediaan itu dapat membantu rakyat Kelantan bagi mendapatkan haknya sebagaimana termaktub dalam Akta Kemajuan Petroleum 1974,” katanya di sini.Tengku Razaleigh yang juga veteran Umno dalam kenyataannya semalam menyebut bersedia menjadi saksi kes tuntutan royalti minyak memandangkan beliau bertanggungjawab menyediakan Akta Kemajuan Petroleum.Menurutnya, tawaran itu dibuat memandangkan beliau mengetahui banyak perkara kerana pernah dilantik sebagai Pengerusi Petronas.Pada Januari lalu Tengku Razaleigh menyertai perhimpunan raksasa rakyat Kelantan di Stadium Sultan Mohammad Ke-IV bagi menuntut royalti petroleum sebanyak 5 peratus daripada kerajaan pusat.Pada majlis itu bekas pengerusi Petronas terbabit menjelaskan hak-hak Kelantan ke atas royalti biar pun minyak ditemui di kawasan daratan (onshore) atau lautan (offshore).Penjelasan itu jelas bercanggah sama sekali dengan kenyataan pemimpin Umno yang menyebut Kelantan tiada hak memandangkan minyak ditemui di luar tiga batu nautika.

Tuesday, June 8, 2010

Rohu..

Mungkin ada yang tertanya-tanya apa itu rohu, tp bagi sesiapa yang biasa dengan joran, sudah tentu familiar dgn spesis ikan ini. Ikan ini bergerak dlm kumpulan dan sesekali ia menjamah umpan, maka sekelompok ikan tentunya akan didaratkan. Biasanya umpan mujarab untuk spesis ikan ini adalah dedak yang boleh didapati dari mana-mana kedai pancing.
Bahan2:
Dedak Bom (286)
Dedak nescaffe 920
Perisa Strawberry
Palet Merah






Cara Membuat:


Campurkan kesemua bahan tadi kecuali Palet Merah. Gaulkan sehingga rata dengan campuran air sehingga ia berbau wangi.


Rendam palet merah di dalam sedikit air selama 30 minit kemudian jemur supaya senang untuk diletak pada mata kail










Saturday, June 5, 2010

Cuti Sekolah



Musim cuti sekolah bermula, maka dengan itu aktiviti dan kegiatan kenduri kendara pun bermula dengan rancak. Hampir setiap hari ada je kenduri. kadang2 sampai 2,3 rumah sehari. tapi takpe sekadar untuk memeriahkan suasana.










Bermula Satu Cerita...

Hari ini aku berjinak-jinak dengan penulisan blog walau pun sudah lama aku belajar buat benda alah ni, tp masa yang mencumburui aku untuk explore benda2 ni semua. Rupanya tidak semudah yang disangka untuk buat benda ni, namun belum cuba belum tahu. Sebenarnya aku bukan orang bahasa atau sastera untuk buat karangan dalam ni, sekadar tulisan biasa je yg terlintas di fikiran. Kalau nk buat ayat yang complicated, mintak maaf banyak2 la. So ini sebagai post yang pertama tak perlu merepek panjang2 cuma sekadar nak test je...ok chow