Wednesday, August 25, 2010

Design Seterusnya





Untuk kesekian kalinya blog ini terus diupdate untuk memberi gambaran kepada kalian semua tentang design-design seterusnya yang telah berjaya disiapkan. Sinopsisnya baju ini berwarna putih dan lakarannya warna hitam, merah dan hijau. Gambar orang tu adalah hasil lukisan tangan sebenarnya..anyway korang tengok dan kalau rasa nak komen, silakan...

Saturday, August 21, 2010

Takraw siri 3








Kali ni tshirt kelab takraw siri ke 3 ready to use. macam-macam la pemilik dia ni nak, nak nomboq la, logo la. tu pun kalau ikutkan pemiliknya nak logo adidas, nike dgn gucci kat belakang tu tetapi tidak dilayan sgt kerana terlalu mengarut...hahahaha

Design lagi




Design yang dah lama siap tapi tak sempat nk upload. gambar ni je yang sempat diambil, sebenarnya baju ni very colourful. anyway korang semua tgk je la...

Saturday, August 14, 2010

Kelab Sepak Takraw Siri 2




Baju takraw siri yang kedua ready to use. Baju kuning tulisan biru. Untuk tatapan pembaca blog ni, disertakan gambar baju tersebut. Tak perlu buat ulasan, totally its very nice.


Friday, August 13, 2010

Baju...


Anda tengok sendiri la design sebagaimana dalam gambar tersebut. Tak perlu penulis nak terangkan dengan panjang lebar dalam ni.

Tuesday, August 10, 2010

Berjaya disiapkan




Setelah mendapat stok baru tempoh hari, maka bermula kerja-kerja 'menconteng' pada tshirt tersebut. Design agak simple tp memerlukan masa yang agak panjang kerana pelbagai warna perlu dicorakkan di atas sehelai tshirt tersebut. Nasib baik juga baju warna putih, takde la rumit sgt nk siapkan job ni. kalau warna hitam alamatnya bnyk kerja lg perlu dibuat. anyway disertakan beberapa helai sbg tontonan saudara/i sekalian...
kembali lagi di ruangan akan datang...

Monday, August 9, 2010

Stok Baru







Alhamdulillah sejak akhir-akhir ini banyak job masuk, semuanya t-shirt budak2 sekolah. Macam-macam design dorang ni...yang pelik-pelik pulak tu. Walaubagaimana pun penulis terpaksa menerimanya memandangkan itu merupakan rezeki yang tak boleh ditolak...
jadi ada la penambahan stok tshirt dalam 60 helai pelbagai warna. Yang 100 helai warna hitam pun belum sampai-sampai lagi...

Sunday, August 8, 2010

Teknik Mencetak T-Shirt ( Silk Screen ) Siri 1

MUKADDIMAH

Mencetak menggunakan silk screen merupakan teknik yang paling awal digunakan iaitu sebelum terciptanya pelbagai jenis mesin yang sofistikated. Walaubagaimanapun ianya masih terus digunakan hingga sekarang kerana kosnya yang jauh lebih rendah dan sesuai untuk usahawan berskala kecil. Terdapat segelintir individu juga menceburinya cuma sebagai hobi sahaja.


Teknik silk screen ini bukan hanya digunakan untuk mencetak tshirt sahaja malah untuk mencetak banner, mug, tuala dan sebagainya mengikut kesesuaian semasa.


Proses pembuatannya agak mudah tetapi rumit dan memerlukan ketelitian yang tinggi supaya hasilnya berkualiti.

siri 2 menyusul akan datang...

T-Shirt Takraw




Ni ada lg sedikit job untuk cetak tshirt kelab sepak takraw. design simple je belakang ada tulis sikit, depan gambar takraw sebiji. tulisan, gambar semua kaler kuning. sekali dah siap nampak menarik jugak. So kelab-kelab lain macam mana?


Saturday, August 7, 2010

Permata Akuatik











Akitiviti memancing biasanya memerlukan kesabaran, ketekunan, kemahiran dan sebagainya lagi. Biasanya penulis melakukan aktiviti sebagai hobi di masa lapang sahaja memandangkan kesuntukan masa yang amat terhad. Aktiviti ini memerlukan penulis mencari umpan iaitu sejenis haiwan yang berhabitat di dalam tanah iaitu cacing ataupun kadang2 guna anak udang pun boleh jugak.
Sejak penulis berada di Sabah, aktiviti memancing udang galah semakin menarik....setiap kali turun ke sungai tidak dapat tidak mesti ada habuannya. Anda semua mungkin boleh agak kenapa sungai di Sabah ini terdapat banyak udang...mungkin kerana ianya masih belum tercemar, mungkin belum ada tangkapan yang berleluasa menggunakan teknologi yang mengarut seperti bom, tuba dan seangkatannya atau pun mungkin sungai2nya terdapat banyak sang buaya? sekian untuk kali ini....

T-Shirt Lagi



Job yang seterusnya datang lagi...kali ni warna puteh jer tulisannya. Gambar yang di atas ni belum siap sepenuhnya lagi, ada banyak lagi tulisan yang perlu di cetak atas baju tu, rasanya penuh satu t shirt tu tulisannya. seterusnya menyusul akan datang...

Friday, August 6, 2010

Percetakan T-shirt






Baju tshirt tersebut merupakan hasil cetakan sendiri. walaupun tidak seberapa tapi boleh la untuk menampakkan design. tu merupakan hasil cetakan yang ketiga. hasil pertama tak sempat nak ambik gambar.

Red Durians









Pokok Durian Merah adalah sejenis tumbuhan yang terdapat di hutan Malaysia serta di negara-negara yang lain. Nama saintifiknya Durio graveolens Becc.

Di Sabah, durian ini juga dikenali sebagai durian dalit. Rasa durian ini tidak sama dengan durian yang biasa dan rasanya lebih lemak. Juga terdapat dalam warna kekuningan, keorenan dan merah jambu juga ada. Masyarakat Dayak Kenyah memanggilnya sebagai durian daun, mungkin disebabkan lebar daunnya hampir selebar telapak tangan orang dewasa.

Durian ini durian eksotik kerana warnanya yang merah. Makan durian ini tidak memabukkan kerana kandungan alkoholnya relatif rendah.