Pokok Durian Merah adalah sejenis tumbuhan yang terdapat di hutan Malaysia serta di negara-negara yang lain. Nama saintifiknya Durio graveolens Becc.
Di Sabah, durian ini juga dikenali sebagai durian dalit. Rasa durian ini tidak sama dengan durian yang biasa dan rasanya lebih lemak. Juga terdapat dalam warna kekuningan, keorenan dan merah jambu juga ada. Masyarakat Dayak Kenyah memanggilnya sebagai durian daun, mungkin disebabkan lebar daunnya hampir selebar telapak tangan orang dewasa.
Durian ini durian eksotik kerana warnanya yang merah. Makan durian ini tidak memabukkan kerana kandungan alkoholnya relatif rendah.
No comments:
Post a Comment